English Tuition for UPSR
25 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Rantau Panjang Sibu Sarawak mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR dengan mengadakan English Tuition buat kali ke-3 dalam tahun 2019 ini. Objektif aktiviti ini adalah bagi membantu Pelajar Tahun 6 penguasaan Bahasa Inggeris dengan baik. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 2:30 hingga 4:30 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 5 orang pelajar UPSR.
Seperti kelas yang terdahulu semasa aktiviti ini, pelajar diberikan 1 set Model Ujian Pemahaman untuk dijawab oleh mereka. Setelah semua selesai menjawab, sesi pembetulan dilakukan. Dalam sesi pembetulan ini, pelajar yang ingin bertanya berkenaan dengan Model Ujian amatlah digalakan bagi membantu memantapkan pemahanan mereka.
Oleh kerana ini merupakan kelas ke-3 English Tuition dan apa yang diperhatikan setelah 3 kali kelas ini diadakan, peserta lebih berkeyakinan daripada kelas yang terdahulu. Semoga diharapkan mereka yang akan menghadapi UPSR akan terus maju dalam pelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: